Kim Pan-gon Percaya Malaysia Berpeluang Menjadi 18 Terbaik Di Asia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Aksi sulung Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 akan membuka tirainya pada esok 15 November dengan bakal berdepan pasukan ranking ke-97 dunia, Kyrgyzstan.

Bagi Kim Pan-gon, segalanya berada di dalam keadaan positif menjelang aksi sulung tersebut dengan para pemain menunjukkan motivasi yang tinggi di dalam sesi latihan.

“Saya fikir sebagai pemain, sebagai jurulatih, beraksi dalam perlawanan (kelayakan) Piala Dunia akan buat kita lebih bermotivasi. Setiap tahun kita bermain dalam kejohanan (lain) tetapi Piala Dunia hanya muncul empat tahun sekali.

Advertisements

“Enam perlawanan ini dalam tempoh enam bulan, kita boleh berhenti atau kita boleh mara lebih jauh. Ianya satu cabaran yang besar kepada kita,” luah Pan-gon dalam satu sidang media pra-perlawanan.

Dalam pada itu, jurulatih berasal dari Korea Selatan itu juga memahami akan kesukaran yang dihadapi mereka dalam pusingan pertama kelayakan ini namun tetap optimis Malaysia berpeluang menjadi antara 18 pasukan terbaik di Asia.

Saya tahu Malaysia berdepan kesukaran di pusingan pertama (kelayakan) tapi ini peluang besar untuk kita layak ke kedudukan 18 teratas Asia. Pada saya, itu bukan benda buruk bila pemain menunjukkan motivasi tinggi.

Advertisements

“Sebagai jurulatih, ia satu cabaran besar buat saya tapi ia buat saya lebih bermotivasi melebihi Piala Asia. Pada saya, Piala Asia berada di kedudukan kedua, kelayakan Piala Dunia (lebih penting). Jadi, kita perlu berikan yang terbaik dalam pengembaraan yang mencabar ini,” tegasnya lagi.

Perlawanan di antara Malaysia dan Kyrgyzstan itu bakal dilangsungkan pada jam 9 malam dan bertempat di stadium keramat Harimau Malaya iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil.

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Oktober 2018 di mana menyaksikan Malaysia tewas tipis kepada Kyrgyzstan dengan keputusan 0-1 Lima tahun sudah berlalu, kini pasti segalanya sudah berubah dengan kedua-dua pasukan menampilkan banyak muka baharu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram