Advertisement

Follow us:

Kim Pan-gon Sahkan Betis Khuzaimi Piee Koyak Ketika Bertemu Myanmar

Khuzaimi Malaysia Kim Pan-gon Sahkan Betis Khuzaimi Piee Koyak Ketika Bertemu Myanmar
Azri/MakanBola
Nik Faris
@nikfalovic
11:42pm 24/12/2022
Pivo

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menjelaskan tentang status kecederaan bintang utama Malaysia, Khuzaimi Piee.

Beliau dalam satu kenyataan sejurus tamat perlawanan mengesahkan bahawa pemain baharu Selangor itu mengalami kecederaan di bahagian betisnya.

Kim Pan-gon menjelaskan bahawa laporan daripada pihak perubatan pasukan mengesahkan kecederaan tersebut namun beliau kekal disenaraikan dalam senarai pemain simpanan.

“Keadaan Khuzaimi telah pun dimaklumkan oleh pihak perubatan dan beliau mengalami koyak di bahagian betisnya.”

“Kita sedaya upaya bakal memberikan rawatan terbaik kepadanya dan beliau sangat profesional.”

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu memuji keinginan tinggi Khuzaimi untuk terus kekal bersama skuad dan berharap agar khidmat beliau dapat digunakan dalam kejohanan ini.

Malaysia bakal bertemu Vietnam pada aksi ketiga Piala AFF dalam misi mengejutkan bekas finalis tahun 2018 ini.