Ads
Dunia
FA Malaysia

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon jelas mempunyai sebab yang tersendiri tatkala pengumuman berkenaan 29 orang pemain yang dipanggil bagi menjalani latihan pusat mendapat pelbagai reaksi.

Advertisements

Pengendali berusia 51 tahun itu bersama barisan kejurulatihannya sebelum ini bertungkus-lumus untuk hadir pada setiap perlawanan Liga Super dalam usaha untuk menganalisis para pemain yang bakal dipanggil bersama skuad kebangsaan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, beberapa persoalan timbul mengenai keputusan beliau memanggil beberapa pemain yang dilihat tidak sepatutnya berada dalam senarai tersebut.

Advertisements

Advertisements

Pan-gon dalam satu temubual yang dimuat naik oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan, beliau mempunyai sebab tersendiri mengenai pemilihan kali ini.

’Ini adalah panggil kali kedua yang saya buat dan saya tidak mahu menyesal.’

Advertisements

’Saya mahu menilai kekuatan yang dimiliki oleh Malaysia dari segenap sudut.’

Beliau juga menambah, perlawanan persahabatan ini juga menjadi medan terbaiknya untuk melihat kemampuan sebenar para pemain tatkala terdapat 9 muka baharu yang mendapat tempat dalam panggilan kali ini.

Bukan itu sahaja, pengendali kelahiran Korea Selatan ini juga sudah pun menyaksikan kesemua perlawanan yang membabitkan pasukan di negara ini sebelum membuat penelitian dan juga analisis bagi pemilihan kali ini.

’Saya sudah pun meneliti hampir 80 orang pemain yang dirasakan layak untuk membawa cabaran negara.’

Sungguhpun begitu, beliau mengakui ada sesetengah pemain yang dirasakan mampu untuk membawa cabaran negara sungguhpun aksinya tidak kelihatan dalam saingan liga musim ini.

’Ada beberapa pemain yang kita mahu lihat kelibatnya tapi kami tidak dapat namun kami yakin mereka sangat berbakat,’ kata Pan-gon dalam temubual itu.

Advertisements

Malaysia bakal berdepan cabaran Myanmar dan juga Hong Kong hujung bula ini sebelum menghadapi Kelayakan Piala Asia yang menjadi medan ujian sebenar pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram