Kim Pan-gon Sisihkan Syafiq Ahmad Bersebab
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Ketiadaan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad di kem skuad kebangsaan baru-baru ini menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat bola sepak tanah air.

Pada kejohanan Pestabola Merdeka baru-baru ini, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon hanya menyenaraikan seorang penyerang tulen sahaja iaitu penyerang pasukan Sabah FC, Darren Lok.

Di manakah Syafiq Ahmad? Pertanyaan itu sudah tentu berlegar di minda penyokong.

Advertisements

Satu temubual khas bersama pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim telah disiarkan di Astro Arena oleh Segmen Nindia Bola.

Bagi baginda, Syafiq Ahmad perlu dipanggil ke skuad kebangsaan bersama-sama seorang lagi pemain JDT iaitu Syahmi Safari.

Advertisements

“Jangan lupa Syafiq Ahmad dan Syahmi Safari. Ini adalah dua yang patut ada. Syahmi patut ada di pertahanan kanan untuk cover Matthew Davies dan Syafiq Ahmad perlu ada untuk center forward kita.

“Saya tak pernah sesekali merasa kecewa apabila kami masukkan dia (Syafiq). Dia adalah pemain yang memberikan segala-galanya tekanan, usaha, melawan, kualiti dan kepintaran. Mereka adalah pemain yang perlu ada dalam Harimau Malaya,” jelas baginda.

Advertisements

Berkenaan ketiadaan kedua-dua pemain itu bersama skuad kebangsaan, baginda sebenarnya sudah membangkitkan isu tersebut namun minit permainan yang kurang menjadi punca utama nama mereka tidak dipanggil.

“Apabila saya bangkitkan benda ni (tiada Syafiq Ahmad dan Syahmi Safari), jurulatih mengatakan mengenai minit perlawanan. Kalau minit perlawanan, Akhyar Rashid juga kurang minit perlawanan tetapi setiap kali beraksi untuk Harimau Malaya, dia perform, dia score,” tegas baginda lagi.

Advertisements

Sememangnya Syafiq Ahmad tidak mempunyai minit permainan yang sangat kurang musim ini apabila hanya diturunkan 9 kali sahaja musim ini dengan minit terkumpul sekitar 90 minit dan meledak satu gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram