Kim Pan-gon Tagih Pengalaman Luas De Paula & Mat Yo
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon kembali menggunakan gandingan penyerang berpengalaman menjelang aksi persahabatan hujung bulan ini.

Pengendali berusia 52 tahun itu sebelum ini hanya mempertaruhkan khidmat penyerang pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad dalam siri perlawanan persahabatan di Singapura baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, kecederaan ketika dalam aksi sebelum ini telah memaksa Pan-gon menggunakan khidmat Mohamadou Sumareh untuk beraksi sebagai penyerang.

Advertisements

Oleh yang demikian, beliau telah membuat keputusan untuk memanggil dua orang penyerang berpengalaman negara, Guilherme De Paula dan juga Norshahrul Idlan Talaha untuk mengetuai jentera serangan negara.

Kedua-dua pemain ini merupakan antara watak utama sebelum ini apabila bekas pengendali negara, Tan Cheng Hoe menjadikan mereka sebagai tunjang di barisan serangan pasukan.

Norshahrul yang kini beraksi bersama Melaka United kembali menemui sentuhan berbisanya sungguhpun sudah mencecah usia 36 tahun.

Advertisements

Beliau turut beraksi cemerlang baru-baru ini untuk membantu pasukannya mengatasi Kedah pada saat akhir perlawanan menerusi satu hantaran yang sangat kemas kepada Ifedayo Olesogun.

Walau bagaimanapun, kelibat penyerang pasukan JDT, De Paula masih tidak kelihatan di atas padang pada musim ini.

Beliau berada dalam senarai 29 orang pemain yang dipanggil oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan ini sungguhpun penyerang berusia 36 tahun itu masih tidak mendapat minit permainan bersama JDT musim ini.

Advertisements

Pengalaman dan ketenangan mereka sudah pasti ditagih untuk mengemudi jentera serangan negara tatkala berdepan Myanmar dan juga Hong Kong.

Perlawanan ini sudah pasti amat penting untuk persiapan pasukan kebangsaan dalam usaha untuk membentuk gandingan terbaik menjelang Kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram