Advertisement
Kim Pan-gon Tak Sanggup Lihat Pemain Terseksa Demi Ke Eropah
Harimau Malaya
MakanBola

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyambut baik usaha untuk FAM menghantar pemain ke Eropah namun tidak mahu usaha itu sekadar ‘melepaskan betol di tangga’.

Ini susulan hasrat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin yang mahu melihat lebih ramai bakat muda ‘terbang’ menimba pengalaman di bumi Eropah.

Namun begitu, pengendali kelahiran Korea Selatan ini memberitahu bahawa banyak lagi perkara yang perlu difokuskan sebelum tindakan ini dilakukan.

Beliau melihat usaha yang holistik perlu dilakukan sekiranya perkara ini benar-benar mahu dilaksanakan.

“Saya tahu setiap Persatuan Bola Sepak (FA) negara contohnya seperti Korea dan Jepun mahu menghantar lebih ramai pemain ke Eropah.”

“Kita kena berhati-hati, kita perlu lihat sama ada pemain itu sebenarnya sudah bersedia atau tidak untuk ke Eropah.”

Pan-gon juga mahu usaha ini bermula dengan peringkat akar umbi lagi dengan pendedahan terhadap persediaan fizikal dan mental diperlukan bagi memastikan pemain cukup bersedia.

“Sekiranya kita hantar pemain dan mereka tidak mendapat aksi yang sebaiknya, mereka akan terseksa,” jelasnya dalam sidang media tersebut.

Ini juga bagi memastikan perkembangan bola sepak seseorang pemain dapat berjalan dengan baik sekaligus membantu untuk menghasilkan lebih ramai pemain berkualiti buat skuad kebangsaan.