Kim Pan-gon Takkan Mengalah Dengan Cabaran Piala Asia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon percaya skuad Harimau Malaya semestinya akan memberikan yang terbaik pada kempen Piala Asia 2023 kelak.

Malaysia telah diundi bersama jaguh Asia iaitu Korea Selatan, dan dua pasukan dari negara tanah Arab iaitu Jordan dan Bahrain dalam saingan Kumpulan E.

Selepas selesai majlis undian Piala Asia 2023 sebentar tadi, Kim Pan-gon akui bahawa saingan peringkat kumpulan E ini cukup mencabar. Bagaimanapun pengendali berusia 54 tahun ini yakin anak buahnya pasti akan berusaha sehabis baik dalam kejohanan itu nanti.

Advertisements

Beliau dalam pada itu berharap Harimau Malaya mampu mencatat keputusan yang positif demi membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

“Saingan kumpulan E sangat mencabar. Dua pasukan (Jordan & Bahrain) daripada wilayah yang sama. Korea Selatan pula adalah sebuah pasukan hebat dan yang terkuat. Tapi kita akan berusaha sehabis baik. Bersaing dengan mereka untuk membanggakan seluruh rakyat Malaysia,” ujar Kim Pan-gon.

Malaysia bakal bertemu Jordan dalam aksi pertama kempen Piala Asia 2023 pada 16 Januari 2024 sebelum bertemu Bahrain pada 22 Januari dan bakal menentang Korea Selatan dalam aksi terakhir saingan peringkat kumpulan pada 28 Januari 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram