Kim Pan-gon Tepis Kritikan Jentera Tengah Malaysia Beraksi Teruk

Pan gon Malaysia 9 Kim Pan-gon Tepis Kritikan Jentera Tengah Malaysia Beraksi Teruk
FA Malaysia
Nik Faris @nikfalovic
10:23am 29/03/2023

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menempis dakwaan bahawa jentera tengah negara beraksi kurang baik menentang Hong Kong.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu secara keseluruhannya berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak buahnya.

Namun begitu, beliau tetap merasakan bahawa ada beberapa aspek yang perlu ditambah baik bagi aksi mendatang.

Jurulatih berusia 53 tahun ini mahu melijat aksi yang lebih konsisten daripada anak buahnya selama 90 minit di atas padang.

“Ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki antaranya ialah konsistensi dalam permainan.”

“Akan tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan persembahan para pemain kerana bukan mudah beraksi di bulan Ramadan,” jelas Pan-gon.

Beliau bagaimanapun jelas tidak berpuas hati apabila ada pihak cuba untuk menyerang pasukannya dengan cuba meletakkan kesalahan pada jentera tengah pasukan.

“Anda lebih tahu daripada saya. Anda lebih tahu daripada saya. Apabila sesuatu mengajar saya, saya pasti akan mengetahuinya.”

“Kita sekarang sudah ada skuad yang baik. Jika kita tak berjaya melakukannya, ia adalah salah saya. Saya akan menyesalinya dan cuba memperbaiki pada masa hadapan, ” jelasnya ringkas.

Jentera tengah Malaysia bermula dengan trio Nooa Laine, Azam Azih dan juga Paulo Josue dilihat sedikit kurang berkesan namun beberapa pertukaran dilakukan telah membawa dominasi buat pasukan kembali.

Malaysia kekal memperoleh kemenangan bermakna hasil jaringan Akhyar Rashid dan juga Faisal Halim pada babak pertama perlawanan sekaligus membantu memperoleh 10.12 mata FIFA secara keseluruhannya.