Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon kagum dan mengakui bakat serta kebolehan yang dimiliki pemain-pemain negara.
Baru-baru ini, Pan-gon menceritakan kepada sebuah portal Korea Selatan, Sports Chosun berkenaan potensi besar yang dimiliki oleh para pemain di Malaysia yang menjadikannya semakin berusaha keras sebagai seorang jurulatih.
“Terdapat lebih banyak potensi di Malaysia daripada magis. Saya terpaksa menzahirkan potensi saya. Saya meminta pemain untuk membuat watak kami sendiri. Saya memberi maklum balas terutamanya pada bahagian yang baik untuk menanam keyakinan”, katanya ketika ditemu bual.
Jurulatih berusia 55 tahun itu turut menambah bahawa gabungan potensi besar para pemainnya dan latihan berintensiti tinggi akan menghasilkan kombinasi menakjubkan.
“Kami mempunyai barisan kejurulatihan profesional untuk memberikan latihan yang baik dan layanan yang baik kepada pemain. Gabungan perkara yang terhasil hasilnya,” ujar bekas jurulatih Hong Kong itu.
Kim Pan-gon kini sedang giat mempersiap skuad negara untuk menghadapi 3 buah pasukan yang lebih tinggi rankingnya di peringkat kumpulan Piala Asia nanti termasuklah negara kelahirannya sendiri, Korea Selatan.