Advertisement
Kim Swee Anggap Malaysia Pandang Lawan ‘Sebelah Mata’
Dunia
MakanBola
Official Sabah FC

Jurulatih pasukan Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee meluahkan rasa kecewanya berikutan persembahan longlai yang ditampilkan oleh pasukan muda negara.

Pengendali berusia 51 tahun itu menjelaskan, sifat memandang rendah cabaran negara-negara seperti Laos, Kemboja, Timor Leste dan Filipina mengundang padah buat pasukan negara.

Ini juga menyaksikan pasukan kendalian Brad Maloney terpaksa akur untuk tewas 1-2 kepada Laos sungguhpun terlebih dahulu di depan.

Bukan itu sahaja, Kim Swee merasakan bahawa idea untuk tidak mempertaruhkan barisan terkuat skuad bawah 23 tahun negara sememangnya memakan diri.

Beliau turut menyatakan kegusarannya setelah jurulatih dilihat tidak berjaya membawa pemain yang diingini bagi mempersiapkan pasukan.

‘Ini bukan lagi tamparan (kekalahan kepada Laos), ini bagi saya merupakan ‘kedegilan’ kita. Berapa kali kita nak ‘ditampar’ dengan pasukan-pasukan seperti ini?.’

‘Kita perlu hentikan perkara ini, kita kena cari jalan penyelesaian untuk dapatkan pemain terbaik dalam pasukan. Bagi saya kita harus tampil dengan satu solusi untuk membenarkan pemain terbaik kita dapat didedahkan kepada perlawanan-perlawanan seperti ini,’ – katanya kepada Bernama hari ini.

Sungguhpun begitu, Kim Swee menegaskan bahawa terdapat kewajaran daripada tindakan untuk menurunkan pasukan ‘kedua’ terutama pada kejohanan yang tidak berada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) salah satunya adalah untuk memberi peluang kepada jurulatih menguji pemain berbeza.

Pasukan bawah 23 tahun negara memulakan kempen dengan langkah kiri apabila terpaksa akur dengan kekalahan.

Namun begitu, mereka sekali lagi akan bertemu Laos pada aksi terakhir kumpulan di venue sama esok bagi misi meraih kemenangan dengan kelebihan dua gol.

Ini juga membolehkan peluang yang cerah dimiliki oleh Malaysia untuk mara ke peringkat separuh akhir selaku juara Kumpulan B.