Kim Swee Anggap Prestasi Sabah Belum Cukup Bagus
Dunia
Official Sabah FC
Advertisements

Ketua jurulatih Sabah FC, Ong Kim Swee menganggap prestasi barisan pemain Sabah masih belum mencapai tahap yang dimahukannya selepas beberapa aksi pra-musim yang telah dijalankan.

Sikap ambil mudah yang ditampilkan pemain di atas padang menjadi satu punca utama yang boleh mengubah corak permainan pasukan, jelas Ong Kim Swee.

“Dari segi keputusan saya tidak berpuas hati dengan beberapa pemain yang tidak menunjukkan prestasi terbaik mereka. Kita bermula agak perlahan tetapi kita mendapatkan gol yang pertama.

Advertisements

“Selepas gol pertama kita ‘berhenti’ bermain dan mengambil mudah. Ini adalah satu sikap negatif yang perlu diubah kerana apabila mendahului kita harus kekalkan momentum.”

Bekas jurulatih skuad kebangsaan U-23 ini menyatakan bahawa masih banyak kelemahan yang sudah dikenalpasti dan perlu diperbaiki dengan segera.

Tambah Kim Swee, barisan pemain import sudah mempamerkan persefahaman yang bagus di atas padang selepas mengharungi beberapa aksi perlawanan. Beliau yakin tonggak import mampu menjadi senjata utama buat Sabah FC.

Advertisements

“Sudah tentu banyak kelemahan perlu diperbaiki terutamanya dari segi penyudah tetapi secara keseluruhannya saya amat berpuas hati terutama kesungguhannya.

“Seorang lagi pemain import dari Brazil, Jackson De Souza pula sudah menunjukkan persefahaman yang baik dalam perlawanan malam tadi dan saya yakin kedua-dua pemain import ini akan menjadi lebih baik selepas mengharungi beberapa perlawanan selepas ini,” kata Kim Swee kepada Berita Harian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram