King’s Cup: Thailand Sahkan Tempat Ke-3 Atasi Trinidad
Dunia
Changsuek
Advertisements

Pertembungan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 antara pasukan tuan rumah, Thailand menentang Trinidad & Tobago berkesudahan dengan keputusan 2-1.

Ketua jurulatih Gajah Perang, Mano Polking menurunkan kesebelasan terbaik sungguhpun terpaksa melupakan khidmat pasukan, Chanatip Songkrasin.

Trinidad yang dibimbing oleh Angus Eve turut menampilkan aksi yang amat bertenaga untuk mengasak gawang yang dikawal oleh Kampol Pathum-attakul.

Advertisements

Thailand bermula garang seawal minit pertama permainan apabila melakukan beberapa serangan awal namun akhirnya, bintang sensasi pasukan, Channarong Promsrikaew meledak pada minit ke-21.

Bersambung babak kedua, Trinidad melakukan 3 pertukaran untuk cuba bangkit menyamakan kedudukan tatkala kecemerlangan bahagian pertahanan Gajah Perang menyukarkan misi mereka.

Usaha ini membuahkan hasil apabila pasukan pelawat berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-55 menerusi Kareen Moses.

Advertisements

Thailand mula mengatur gerak dengan lebih garang menerusi rangkaian serangan yang laju dan berbahaya untuk mencari gol kedua pasukan.

Akhirnya, detik yang ditinggu-tunggu tiba apabila pemain sensasi pasukan, Supachok Sarachart meledak gol kedua untuk mengukuhkan lagi kedudukan.

Keputusan kekal sehingga tamat wisel permainan menyaksikan Thailand mendapat tempat ke-3 kejohanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram