Selepas Woodfire, Kini KFC Pula Menapak Di Stadium Sultan Ibrahim
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Restoran makanan segera terkemuka di Malaysia,KFC telh pun mencapai persetujuan bersama untuk melebarkan sayapnya menerusi pembukaan di Stadium Sultan Ibrahim.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh laman rasmi pasukan Johor Southern Tigers, pihak JDT amat berbesar hati mengenai perkembangan tersebut.

Sungguhpun tarikh pembukaannya masih belum diumumkan secara rasmi, namun usaha ini dilihat sebagai satu langkah yang cukup progresif untuk mengembangkan lagi jenama pasukan dan juga KFC.

Advertisements

Malah, usaha ini juga selari dengan misi dan visi pasukan yang bukan sahaja ingin menjadikan stadium kebanggaan warga Johor itu semata-mata sebagai tempat bermain bola sepak, namun pembukaan itu menggambarkan usaha JDT yang cukup holistik.

Restoran itu juga dijangka bakal beroperasi setiap hari bagi memudahkan urusan pembelian tidak kira sama ada ketika perlawanan berlangsung malah ianya juga mampu untuk memanfaatkan penduduk di sekitarnya.

Langkah proaktif ini juga susulan daripada usaha untuk membuka restoran Woodfire selain operasi Hummer Tour yang berjalan setiap hari Jumaat hingga Ahad juga sudah dimulakan.

Advertisements

Hal ini bakal mengembangkan lagi jenama pasukan JDT itu sendiri selain beberapa kedai komersil disasarkan untuk dibuka pada masa akan datang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram