Ads
Kisah Aneh Dua Atlet Miliki Nama & Rupa Paras Yang Sama Tetapi Identiti Berbeza
UltraSukan
Inside Edition

Ini kisah dua orang atlet yang disahkan tidak mempunyai sebarang pertalian setelah menjalani ujian DNA meskipun memiliki nama dan rupa paras yang sama.

Advertisements

Brady Feigl merupakan pemain bola lisut bagi pasukan dari Mexico, Pericos de Puebla di posisi pitcher dengan rambut dan jambang berwarna merah selain memakai cermin mata yang tebal.

Advertisements

Sementara itu, seorang lagi pitcher dari pasukan Oakland Athletics juga bernama Brady Feigl dan memiliki rupa yang sama dengan rambut dan jambang berwarna merah serta bercermin mata.

Advertisements
Advertisements

Oleh disebabkan ini, orang ramai termasuklah Brady Feigl ingin mengetahui mengenai hubungan di antara mereka ini dan ujian DNA telah dijalankan ke atas kedua-dua pemain oleh Inside Edition bagi mengesahkan status mereka.

Walau bagaimanapun, ujian DNA menunjukkan bahawa kedua-duanya tidak mempunyai sebarang hubungan sama sekali meskipun memiliki persamaan yang hampir serupa di antara satu sama lain.

Advertisements

Satu persamaan yang besar hasil daripada ujian DNA itu adalah tahap keturunan Jerman yang dimiliki mereka dengan merekodkan 53 peratus berketurunan Jerman namun faktor lain menunjukkan mereka berbeza.

Advertisements

Di sebalik kejadian ini, kedua-dua Brady Fiegl bersyukur dan masing-masing gembira dapat bertemu antara satu sama lain dan berpeluang mengenali kembar yang jarang ditemui itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram