Kisah Cinta Sadio Mane & Liverpool Berakhir
Dunia
Liverpool FC
Advertisements

Pemain sayap pasukan Liverpool, Sadio Mane secara rasminya meninggalkan kelab kesayangannya selepas hampir 6 musim berkelana di sana.

Mane yang melengkapkan perpindahan ke Liverpool dari Southampton menjadi antara pemain tunjang buat pasukan kendalian Jurgen Klopp sejak 4 musim yang lalu.

Beliau berjaya membentuk gandingan trio berbisa bersama Roberto Firmino dan juga Mohamed Salah sehingga berjaya membantu mereka menjulang pelbagai kejuaraan bersama.

Advertisements

Namun begitu, menurut satu hantaran oleh jurnalis terkemuka Eropah, Fabrizio Romano, pemain berusia 30 tahun ini telah membuat keputusan untuk meninggalkan The Reds.

Beliau difahamkan tidak lagi mahu bersama pasukan kerana ingin mencuba pengalaman baharu di tempat lain setelah merangkul satu kejuaraan Liga Perdana Inggeris, satu trofi Liga Juara-Juara Eropah dan pelbagai lagi trofi lain.

Ketika ini, ura-ura bertiup kencang juga apabila pemain ini dikatakan sedang dirisik oleh gergasi Jerman, Bayern Munich untuk menguatkan lagi jentera serangan pasukan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, masih tiada keputusan rasmi dibuat oleh pemain yang sudah pun menjaringkan 120 gol dan melakukan 48 bantuan gol sepanjang 268 perlawanan bersama Liverpool.

Perlawanan terakhir Mane bersama pasukan menyaksikan beliau dan rakan sepasukan terlepas peluang untuk menjulang trofi apabila tumpas 1-0 di tangan Real Madrid.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram