Kisah Inspirasi Mukhairi Ajmal Idolakan Hafiz Kamal
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain tengah pasukan Selangor FC, Mukhairi Ajmal dalam satu temubual bersama MFL mengakui telah mengidolakan Hafiz Kamal sejak dahulu kala.

Ketika Ajmal ditanya mengenai idolanya dalam karier sebagai seorang pemain profesional, Ajmal menyatakan bahawa Hafiz Kamal merupakan individu yang telah memberi inspirasi dalam kancah bola sepak di Malaysia.

Hafiz Kamal merupakan seorang pemain berpengalaman yang kini beraksi di Respect FC dan beliau juga antara tunjang utama pasukan Pahang suatu masa ketika dahulu.

Advertisements

“Pertama kali saya masuk stadium, saya suka tengok Hafiz Kamal. Mula dari itu saya lihat beliau memiliki hantaran yang cukup baik. Beliau pemain pertama dalam pasukan Pahang yang saya kenal kerana ketika itu, Pahang adalah sebuah pasukan yang sedang meningkat naik.”

Dalam pada itu, kapten bawah B23 skuad kebangsaan itu turut meluahkan hasratnya yang sekian lama untuk menjadi pemain bola sepak profesional. Kini impian tersebut telahpun menjadi kenyataan.

“Ketika itu saya amat berminat dengan suasana di dalam stadium, inshaAllah kalau ada rezeki saya nak bermain disitu,” katanya kepada MFL.

Advertisements

Untuk rekod, setakat ini Mukhairi telah beraksi sebanyak 20 perlawanan bersama pasukan Selangor. Selangor FC telah dijadualkan menentang Negeri Sembilan FC untuk aksi Liga Super 2022 pada malam ini jam 10.00 pm.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram