“Kita Akan Berjumpa Lagi” Kata-kata Penuh Emosi Benjamin Mora
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora menyampaikan kata-kata terakhirnya kepada semua penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas beliau secara rasminya dilepaskan pihak JDT.

Beliau turut memberikan perhargaan tertinggi kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) atas segala jasa sebelum ini.

“Terima kasih kepada TMJ, saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk menunjukkan tanda penghargaan saya di atas peluang diberikan sebagai pengurus, lelaki, ayah dan profesional.

Advertisements

“Kamu (TMJ) adalah mentor saya dalam bola sepak dan kehidupan, kamu ajar saya bagaimana menjadi manusia yang lebih baik, kita akan berjumpa lagi, bosku and jeneral, Tuhan berkati kamu, keluarga kamu dan negeri-mu, saya menyayangi kamu sentiasa!” Ujar Mora penuh emosi di Instagramnya.

Benjamin Mora turut menyampaikan penghargaannya kepada penyokong setia JDT yang kekal mempercayai tentang keupayaannya mengemudi JDT.

“Kepada semua penyokong JDT, terima kasih atas kebaikan dan keburukan, kerana menjadi nadi dalam perjalanan ini, kerana mempercayai ini adalah bukan mustahil dan kerana memberikan saya semua tanda penghargaan, saya meninggalkan hati saya kepada anda dan mendoakan anda kegembiraan yang terbaik dalam setiap perlawanan dan setiap pertandingan! Jumpa lagi!” tambah Mora.

Advertisements

Benjamin Mora sebelum ini secara rasmi mencapai persetujuan bersama JDT untuk “berpisah” atas sebab-sebab peribadi di Mexico.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram