Ads
Piala Malaysia
KL City FC

KL City dijangka bakal menghadapi gergasi Pantai Timur, Terengganu tanpa kelibat dua pemain utama menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia malam ini.

Advertisements

Paulo Josue yang baru pulih daripada demam denggi tempoh hari telahpun mula menjalani latihan bersama KL City beberapa hari yang lalu namun pemain ini tetap tidak dapat diturunkan ekoran digantung perlawanan.

Advertisements

Manakala seorang lagi pemain utama KL City iaitu Ryan Lambert juga dijangka tidak akan diturunkan atas sebab yang sama iaitu digantung perlawanan menurut laporan Astro Arena.

Advertisements

Advertisements

Ketiadaan dua pemain ini terutamanya kapten pasukan, Paulo Josue sedikit sebanyak menjejaskan persiapan pasukan KL City menurut Nenad Bacina namun beliau sudah mempunyai perancangan tersendiri untuk turun berdepan Terengganu nanti.

Sementara itu dua pemain KL City iaitu Kamal Azizi dan Declan Lambert turut mengalami demam denggi namun mereka sudah pulih sepenuhnya dan dijangka bersedia untuk diturunkan bagi aksi Piala Malaysia.

Advertisements

Pertembungan KL City dan Terengganu bakal menjanjikan aksi sengit apabila kedua-dua pasukan telah mencatatkan 3 keputusan seri dalam 3 perlawanan musim ini.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 dan 3-3 dalam saingan Liga Super musim ini manakala dalam saingan Piala FA, mereka turut mencatatkan keputusan seri 0-0 sebelum KL City mara ke perlawanan akhir menerusi sepakan penalti tempoh hari.

Advertisements

Ketiadaan dua pemain tersebut dari sudut positif pastinya bakal memberi peluang buat pemain lain untuk mempersembahkan kemampuan mereka dalam memikat hati ketua jurulatih, Nenad Bacina.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram