KL City Idam Final Ulangan Berdepan JDT
Piala Malaysia
KL City FC
Advertisements

KL City kini mencari tonik terbaik bagi mengatasi pasukan Terengganu dalam aksi kedua Piala Malaysia pada esok hari.

Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad meluahkan keinginan untuk mengulangi aksi final Piala FA berdepan JDT pada Julai lalu.

“Kami kurang gembira apabila final Piala FA berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim. Ketika itu, SNBJ masih dalam proses penyelenggaraan tetapi ada stadium lain di sini yang boleh digunakan.” uajar Khalid Samad.

Advertisements

“Kami (KL City) berharap agar dapat ke final sekali lagi berdepan JDT, kami mahu kalahkan mereka. Ini semua juga bergantung kepada keputusan yang diraih di Gong Badak esok,” jelasnya pada sesi sidang media sebentar tadi.

JDT sudah selangkah ke peringkat akhir Piala Malaysia 2023 namun peluang masih terbuka buat kedua-dua pasukan iaitu Terengganu dan KL City dalam menempah 1 lagi slot.

Advertisements

KL City perlu bangkit mengatasi agregat 1-2 ke atas Terengganu jika mahu melangkah ke perlawanan akhir kelak.

Jika KL City berjaya melakukan kejutan, pertembungan antara JDT dan KL City bukan sahaja mengulangi aksi akhir Piala FA, malah turut mengulangi aksi akhir Piala Malaysia 2021 yang lalu.

Advertisements

Piala Malaysia 2021 menyaksikan KL City berjaya menewaskan gergasi Malaysia, JDT 2-0 untuk merangkul gelaran juara kali keempat dan menamatkan penantian selama 32 tahun pasukan KL City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram