KL City Kejutkan Melaka United, Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021
Piala Malaysia
unifi
Advertisements

KL City berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 selepas berjaya menewaskan Melaka United menerusi penentuan sepakan penalti.

Kuala Lumpur City bermula baik menerusi jaringan awal J. Partiban yang berjaya memanfaatkan keadaan kelam kabut di kotak penalti Melaka United selepas satu sepakan sudut pada minit ke-9.

Bersambung babak ke-2, Melaka United memperkemaskan permainan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi tap in Ahmad Syamin pada minit ke-65.

Advertisements

Perlawanan bersambung ke masa tambahan setelah kedudukan seri 1-1 sehingga tamat 90 minit permainan namun tiada tambahan gol berjaya dihasilkan sekaligus mengheret ke penentuan sepakan penalti.

Kegagalan Giovane Gomes menyempurnakan sepakan penalti ke-3 Melaka United memberikan kemenangan mutlak kepada Kuala Lumpur City.

KL City akan bertemu Johor Darul Ta’zim di Stadium Nasional Bukit Jalil 30 November ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram