KL City & PDRM Kongsi Stadium
MakanBola
klcityfc
Sponsors

KL City dan PDRM akan kembali semula berkongsi Stadium Tuan Rumah dalam saingan Liga Super musim baru ini.

Umum mengetahui, PDRM FC akan turut sama bertanding dalam saingan Liga Super 2023.

Ad

Menurut temubual daripada Astro Arena, keputusan perjanjian antara dua pihak ini berlaku pada saat akhir. Oleh itu, Pengarah Eksekutif KL City, Stanley Bernard ambil serius dengan perkara ini.

Ad

Beliau mengharapkan agar penjadual perlawanan itu perlu dititikberatkan bagi memastikan jadual diatur dengan baik.

“Yang penting adalah penjadualannya.

Ad

“Mungkin MFL berdepan tugas lebih berat memandangkan adanya tempoh rehat bagi penggunaan sesebuah padang. 

Ad

Walaubagaimanapun, CEO KL City berpendapat itu bukan masalah buat mereka dan yakin pihak MFL akan buat yang terbaik.

Ad

“Dalam Piala AFC sekalipun, MFL sentiasa meneliti pelbagai faktor misalnya waktu rehat bagi membolehkan kami dapat bersaing demi mengibarkan bendera Malaysia.

“Rasanya tiada masalah tapi ia hanya boleh dilihat sebaik jadual penuh dikeluarkan MFL,” kata Stanley kepada Astro Arena.

Sejak musim 2020, PDRM beraksi di Stadium KLFA, Cheras bagi perlawanan Liga Premier Malaysia.