KL City Sasar Juara Kumpulan Piala AFC
Dunia
Kuala Lumpur City FC
Advertisements

Selepas melalui sembilan perlawanan Liga Super musim ini, pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) yakin dengan pemain sedia ada yang dilihat bersemangat untuk beraksi dalam saingan Piala AFC.

Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard berkata, rata-rata pemain yang dikekalkan adalah merupakan pemain yang sama ketika menjulang Piala Malaysia tahun lepas dan merasakan tiada posisi yang bermasalah kecuali pertahanan kiri yang sebelum ini diisi Daniel Ting.

“Kalau kita lihat, hampir semua pemain yang menjulang kejuaraan Piala Malaysia dikekalkan. Malah, semua bahagian dalam pasukan ini tiada masalah, mungkin yang ada di posisi yang ditinggalkan Daniel Ting.

Advertisements

“Jadi kami mungkin tidak akan membawa mana pemain-pemain baharu pada jendela perpindahan kali ini sebab pemain yang ada ketika ini sudah cukup kuat dan bersemangat untuk beraksi di Piala AFC.

“Bagaimanapun, sekiranya ada keperluan yang memaksa kami untuk membawa masuk mana-mana pemain, barulah kami akan buat. Itupun bergantung kepada sejauh mana pemain itu mampu untuk memberi nilai tambah kepada pasukan pada Piala AFC ini.

“Apa yang boleh saya katakan setakat hari ini, keputusan akhir akan dibuat selepas perlawanan Liga Super menentang Terengganu pada Sabtu ini. Dekat situ kita akan lihat perlu atau tidak untuk bawa pemain-pemain baharu,” katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.

Advertisements

Selain itu, Stanley menegaskan bahawa KL City akan menggunakan peluang beraksi di tempat sendiri dengan sebaik mungkin dan mensasarkan untuk menjuarai kumpulan H.

“Sudah tentu ia satu kelebihan buat kami, apabila bakal beraksi di laman sendiri. Jadi saya harap pemain-pemain dapat menggunakan kelebihan itu dengan sebaiknya dalam misi kami untuk menjadi juara kumpulan,” ujarnya.

KL City yang menjadi tuan rumah kumpulan H Piala AFC akan membuka tirai Piala AFC dengan perlawanan menentang PSM Makassar pada 24 Jun sebelum berdepan dengan Tampines Rovers pada 30 Jun.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram