Advertisements
KL City Tewaskan Johor Darul Ta’zim, Catat Sejarah Menjuarai Piala Malaysia 2021
Piala Malaysia
MakanBola
SNE IMAGES

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim dikejutkan oleh Kuala Lumpur City dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 setelah tewas 0-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Separuh masa pertama didominasi oleh Johor Darul Ta’zim menerusi beberapa siri serangan berbahaya namun kecemerlangan penjaga gawang KL City, Kevin Ray Mendoza menjaga gawang pasukan ibu kota berjaya menafikan beberapa percubaan JDT.

Bersambung babak ke-2, KL City tampak lebih berkeyakinan dan beberapa kali melancarkan serangan ke kubu pertahanan JDT.

KL City mengejutkan juaran bertahan menerusi jaringan pembukaan Zhafri Yahya yang berjaya menyudahkan hantaran cantik J Partiban dari sebelah kiri pada minit ke-60 sekaligus memberikan tekanan kepada pemain JDT yang kelihatan semakin keletihan.

KL City sekali lagi menghukum kealpaan pertahanan Johor Darul Ta’zim selang 13 minit kemudian menerusi jaringan Paulo Josue menjadikan kedudukan 2-0.

Kejuaran ini merupakan kejuaraan ke-4 KL City selepas 30 tahun.