KL City vs JDT: Penyokong Amanah Mencari Pemilik Wang Tercicir Di Stadium
Inspirasi
klcityfc
Advertisements

Perlawanan Liga Super KL City-Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan saja peluang mencari kemenangan buat kedua-dua pasukan. Tetapi ia juga saksi kepada kejujuran seorang penyokong selepas seorang penyokong lain yang tidak dikenali tercicir wangnya di stadium.

Menerusi hantarannya di Facebook, Nor Azan Shah Shahrani meminta seorang penyokong tampil mengambil semula wangnya yang tercicir di bahagian tempat duduk Grandstand Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur semalam.

Dia tahu tentang keciciran wang tersebut kerana pemiliknya duduk bersebelahannya semasa perlawanan berlangsung.

Advertisements

Nor Azan turut menggambarkan pemilik wang tersebut ialah seorang lelaki berusia 50-an dan berasal dari Johor tetapi sudah lama menetap di Kuala Lumpur. Dia juga menyatakan turut mengingati wajah lelaki tersebut dan memintanya menghubungi di nombor yang dinyatakan.

Sejak hantaran tersebut dimuatnaik di Facebook, ramai memuji tindakannya itu sebagai jujur dan amanah tatkala sibuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing. Ia satu teladan yang baik yang patut dicontohi oleh semua orang.

Perlawanan semalam menyaksikan tuan rumah dikecewakan JDT dengan kemenangan 3-0. City Boys ketinggalan menerusi gol sendiri Romel Romales sejurus sebelum rehat.

Advertisements

Pemain naturalisasi negara, Endrick dos Santos meledakkan gol kedua buat pasukan pelawat pada minit ke-52. Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2022, Arif Aiman Hanapi menambah derita tuan rumah menerusi gol ketiga pada minit ke-89.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram