Klopp Berharap Steven Gerrard Akan Tolong Liverpool Juarai EPL
Dunia
Liverpool FC
Advertisements

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata bekas pemain Liverpool yang kini membimbing Aston Villa iaitu Steven Gerrard akan memberikan segala-galanya dalam perlawanan menentang Manchester City Ahad ini.

Jika Aston Villa mampu mencatatkan keputusan seri atau menang ke atas Manchester City, manakala dalam masa yang sama, Liverpool berjaya menang ke atas Wolverhampton, ini bermakna Liverpool bakal menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

“Saya dapat membayangkan situasi seperti ini dengan memikirkan diri saya berada di tempat dia (Gerrard),” kata Klopp.

Advertisements

“Jika saya masih beraksi sebagai pemain dan boleh membantu [bekas kelab Borussia] Dortmund atau Mainz, ia bermakna bagi saya dan juga sebagai satu motivasi tambahan buat saya.

“Kita semua manusia. Gerrard akan menganggap perlawanan menentang Manchester CIty sebagai satu perlawanan yang serius,” jelas Klopp seperti dilaporkan BBC.

Gerrard bermain 710 perlawanan dan menjaringkan 186 gol untuk Liverpool sepanjang 17 tahun karier beliau di Anfield. Gerrard memenangi lapan trofi utama, termasuk Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2005.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram