Klopp Ungkap Ucapan Perpisahan Penuh Emosi Buat Sadio Mane
Dunia
Getty Images
Advertisements

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp jelas sekali beremosi ketika mengungkapkan ucapan perpisahan buat pemain Liverpool, Sadio Mane yang bakal berhijrah ke Jerman untuk beraksi bersama Bayen Munich musim depan.

Klopp menganggap Mane merupakan antara pemain terbaik yang pernah Liverpool miliki dan Klopp akui bahawa Mane pergi dari Liverpool sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia.

“Salah seorang pemain terbaik Liverpool akan pergi dan kami perlu mengakui betapa pentingnya akan hal ini. Dia pergi kasih sayang kami. Dia pergi dengan statusnya kini yang berada di kalangan orang yang hebat. Dan, ya, dia pergi pada saat di mana dia adalah salah seorang pemain terbaik dalam bola sepak dunia.

Advertisements

“Tetapi kita tidak boleh memikirkan apa yang kita hilang sekarang, sebaliknya meraikan apa yang kita ada. Gol yang dia jaringkan, trofi yang dimenanginya. Pastinya beliau menjadi seorang legenda dan juga ikon Liverpool zaman moden.

“Sejak dia mula-mula melangkah masuk, dia menjadikan kami lebih baik. Untuk menjadi sebegitu baik secara berterusan dan terus meningkatkan kualiti dari musim ke musim, beliau adalah contoh kepada mana-mana pemain di planet ini bahawa profesional dan dedikasi akan membawa kepada kejayaan,” luah Klopp.

Klopp mengakhiri ucapan perpisahan itu dengan mengatakan bahawa beliau menghormati keputusan Mane untuk meninggalkan Liverpool dan percaya prestasi Mane akan terus meningkat di Jerman.

Advertisements

“Saya menghormati sepenuhnya keputusannya dan saya pasti penyokong kami juga begitu. Jika anda suka LFC, anda perlu menyayangi Sadio, tiada alasan.

“Kami tidak mengharapkan apa-apa selain kejayaan dalam setiap perlawanan yang dimainkannya, melainkan jika menentang kami. Prestasinya akan terus meningkat, saya tidak ragu-ragu,” ungkap Klopp di laman rasmi Liverpool.

Sadio Mane mengambil keputusan meninggalkan Liverpool selepas 6 tahun bersama pasukan Liga Perdana Inggeris itu dan Bayern Munich berjaya mendapatkan pemain antarabangsa Senegal itu dengan yuran perpindahan sebanyak 32 juta pound.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram