Kombinasi 3 Serangkai Cools, Khuzaimi, Davies Petanda Era Moden Bola Sepak Malaysia
Dunia
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Percaturan yang digunakan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk mempertaruhkan tonggak 3 pertahanan tengah membuahkan hasil apabila Malaysia menang menerusi penentuan sepakan penalti.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menurunkan Matthew Davies, Dion Cools dan juga Khuzaimi Piee sambil dibantu oleh Arif Aiman dan juga Corbin Ong di bahagian sayap.

Sungguhpun berdepan lawan yang berada pada kedudukan yang lebih baik, tonggak pertahanan negara mempamerkan kualiti yang cukup baik untuk menafikan setiap gerakan serangan lawan.

Advertisements

Menerusi penelitian perlawanan semalam, terdapat beberapa keadaan yang menunjukkan persefahaman yang tinggi daripada kombinasi tiga serangkai ini.

Tatkala Malaysia diasak pada minit ke-23 menerusi satu serangan balas pantas, pemain sayap Thailand cuba untuk melepasi kawalan Khuzaimi, Cools memberi kepercayaan kepada pertahanan Negeri Sembilan ini untuk membuat larian dan hadangan.

Malah, Cools kekal tenang dan berdisiplin untuk kekal di posisinya agar tidak mudah dimanfaatkan oleh pemain lain yang naik bagi melancarkan serangan.

Advertisements

Keyakinan tinggi Cools terhadap Khuzaimi membuktikan bahawa setiap pemain perlu memberikan yang terbaik dan percaya kepada kemampuan rakan sepasukan untuk menjalankan tugas di atas padang.

Percaturan ini membuktikan bahawa gandingan ketiga-tiga pemain ini amat diperlukan untuk memantapkan lagi barisan pertahanan setelah kehilangan khidmat Shahrul Saad.

Pan-gon juga dilihat telah pun berjaya menerapkan elemen moden dalam sistem pertahanan Malaysia yang lebih selesa memulakan perlawanan dari bawah.

Advertisements

Pada perlawanan semalam, Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan menerusi sepakan penalti sungguhpun dibolosi pada saat akhir oleh tuan rumah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram