Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah memberikan komen selepas pasukannya kini menghampiri kedudukan 10 terbaik di Asia.

Kemas kini kedudukan skuad Harimau Selatan oleh laman Opta Analyst seperti yang dilaporkan oleh MakanBola sebelum ini menunjukkan peningkatan yang cukup memberangsangkan.

Perkembangan itu menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio berjaya naik tiga tangga daripada kedudukan ke-17 ke tangga 14 di Asia berdasarkan kemas kini semasa.

Advertisements

Kedudukan ini juga membolehkan JDT untuk menghuni tangga ke-324 kelab di dunia ketika ini.

JDT juga mengukuhkan reputasi selaku kelab nombor satu di Asia Tenggara dan Malaysia dengan pesaing terdekat adalah kelab Thailand, Buriram United yang menghuni tangga ke-49 di Asia (625 di dunia). 

Advertisements

Kemas kini ini juga membolehkan pasukan milik DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk menghampiri tangga beberapa pasukan gergasi Asia lain seperti Jeonbuk Motors (13), Kawasaki Frontale (11) dan juga Al-Ittihad (8) di Asia.

Baginda jelas berpuas hati dengan prestasi semasa pasukannya sambil meninggalkan komen pada ruangan komen laman Johor Southern Tigers.

Advertisements

“🕶️💙❤️🥇#whatcanyoudo #thegameisrigged #thetmjeffect,” komen DYAM Tunku Mahkota Ismail pada hantaran tersebut.

Copy of Untitled Design 27 Komen Tunku Ismail Selepas JDT Hampiri Kelompok 10 Terbaik Asia

JDT juga kini menikmati detik indah di Sepanyol apabila merekodkan 4 kemenangan dalam 5 perlawanan pra-musim yang diharungi.

Advertisements

Ujian pertama JDT musim 2024/25 adalah aksi Piala Sumbangsih yang dijadual berlangsung pada 10 Mei 2024 di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram