Isu konsert memaksa Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menukar venue untuk aksi ASEAN Cup 2024.
ASEAN Football melaporkan kedua-dua badan induk itu telah membuat permohonan menukar venue kerana khuatir konsert yang diadakan bakal menggugat kualiti padang stadium pilihan mereka.
Mengikut perancangan, Singapura akan beraksi di Stadium Nasional Singapura. Manakala Vietnam pula akan beraksi di stadium keramat mereka, Stadium Nasional My Dinh.
Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila satu konsert bakal diadakan di Stadium Nasional Singapura. Situasi ini mengakibatkan FAS menukar stadium kepada Stadium Jalan Besar sebagai venue alternatif.
Situasi sama turut dihadapi VFF apabila Stadium Nasional My Dinh bakal menjadi venue konsert kumpulan penyanyi terkenal Vietnam, Anh Trai Say Hi pada 7 Disember ini.
Seandainya Vietnam memilih Stadium Viet Tri, pasukan itu perlu berkongsi dengan Timor Leste. Ini kerana stadium tersebut menjadi venue alternatif pasukan itu sepanjang ASEAN Cup 2024.
Vietnam kini mencadangkan Timor Leste untuk menggunakan Stadium Hang Day sebagai stadium alternatif. Ini disebabkan kapasiti stadium yang lebih kecil sesuai untuk pasukan itu.