Kontrak Dion Cools Bersama Jablonec Hampir Tamat, Dijangka Hadir Ke Malaysia Januari 2023
Dunia
Edit by SF
Advertisements

Kontrak pemain warisan Malaysia dari Belgium, Dion Cools bersama kelab diwakilinya di Czech, FK Jablonec bakal tamat pada 31 Disember 2022 sekaligus menjawab teka-teki berkaitan kontraknya sebelum ini.

Sebelum ini, kontraknya bersama Jablonec bakal tamat pada pertengahan musim 2023 namun ianya berubah menjadi lebih awal seperti yang dipaparkan oleh laman data pemain global, Transfermarkt.

Sebelum ini juga, Dion Cools dikhabarkan bakal menyertai JDT menjelang Januari 2023 selepas pemilik JDT, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberikan bayangan di Instagram Story yang menunjukkan seolah-olah Dion Cools bakal menyertai JDT pada Januari 2023.

Advertisements

Bersama FK Jablonec, Dion Cools beraksi sebanyak 8 kali dalam aksi liga utama Czech dan berjaya memperoleh 1 bantuan gol selain turut menjaringkan gol dalam aksi Piala Czech.

Dion Cools turut disisihkan dalam senarai akhir 23 pemain Malaysia untuk kempen Piala AFF selepas diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) 2 hari lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram