Dunia
Edit by SF
Advertisements

Walaupun Dion Cools baru saja disahkan menyertai kelab divisyen 1 liga Czech, Jablonec, beliau dijangka tetap akan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Januari 2023.

Kemasukan Dion Cools ke JDT kelak bukanlah satu rahsia memandangkan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) sebelum ini pernah berkongsi berkaitan perpindahan Dion Cools ke JDT kelak.

Memandangkan pintu perpindahan telahpun ditutup pihak Malaysian Football League (MFL), agak mustahil untuk pemain kacukan Malaysia-Belgium itu beraksi bersama JDT.

Advertisements

Sementara itu, TMJ memberi bayangan Dion Cools bakal beraksi bersama Jablonec selama 4 bulan sebelum secara rasminya diumumkan sebagai pemain JDT menerusi satu muat naik kisah Instagram di akaunnya.

tmj story dion cools Dion Cools Dijangka Sertai JDT Januari 2023
TMJ seolah-olah memberi bayangan berkaitan Dion Cools (Instagram)

Minit permainan yang bakal diperoleh Dion Cools bersama Jablonec kelak sudah pasti bakal membantu pemain dengan pengalaman yang luas ini mengekalkan kecergasannya selepas disisihkan FC Midtjylland.

Usaha kelab Harimau Selatan memperkukuh skuad setiap musim bukanlah perkara baru dan JDT dijangka bakal tampil lebih hebat untuk musim seterusnya terutamanya untuk saingan Liga Juara-juara AFC 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram