Kontrak Park Tae-su Dilanjutkan 2 Tahun Lagi
Dunia
sabah football club
Advertisements

Pemain kelahiran Korea Selatan, Park Tae-su difahamkan sudah menandatangani kontrak baharu dua tahun bersama Sabah FC.

Perkara ini disahkan melalui satu hantaran di sosial media Sabah di Instagram yang menyatakan bahawa pemain import itu akan kekal sehingga 2024.

Pemain tengah berusia 32 tahun ini menyertai Sabah pada 2019 dan pada musim itu beliau antara pemain yang menjulang Sabah Juara Liga Perdana sekaligus layak ke Liga Super sehingga kini.

Advertisements

Bagi rekod musim ini, Park Tae-su mempamerkan aksi yang cemerlang dan konsisten dimana beliau berjaya menjaringkan 8 gol dan 1 bantuan jaringan dalam 19 perlawanan bagi saingan Liga Super musim ini.

Pemain import Sabah ini merupakan seorang pemain yang cukup versatile kerana beliau mampu beraksi di dua posisi iaitu sebagai pemain pertahanan tengah ataupun pemain tengah.

Bukan itu sahaja, kualiti yang ada padanya cukup baik kerana beliau seringkali melakukan jaringan menerusi tandukan, sepakan percuma dan juga sepakan jarak jauh.

Advertisements

Ini merupakan berita gembira buat semua penyokong Sabah kerana khidmat pemain kelahiran Korea Selatan ini masih ditagih oleh Sabah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram