Kopa Arena: Kita Datang Sebab Nak Bantu Perak FC
Dunia
Syakirah Zulkifly / Astro Arena
Advertisements

Menurut kenyataan wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly, Kopa Arena masih berminat untuk ambil alih 51% pengangan saham Perak FC.

Walaubagaimanapun hasrat tersebut hanya boleh diteruskan sekiranya PAFA menarik semula cadangan wang tambahan termasuklah tambahan wang token.

Seperti yang dinyatakan oleh Pengurus Besar Kopa Arena, Encik Farouk Hashim, Kopa Arena ikhlas dan ingin membantu menyelesaikan masalah pasukan Perak FC.

Advertisements

“Kami rasa tidak sepatutnya kami melabur ke arah itu (token), lebih baik melabur ke arah pasukan (Perak FC.)”

“Kami hanya datang sebab nak bantu Perak FC itu sendiri.”

Selain itu, Farouk turut menjelaskan bahawa Kopa Arena sedar akan permasalahan yang berlaku kepada pasukan Perak FC dan tidak berniat untuk merosakkan pasukan.

Advertisements

“Kami bersama Perak FC sejak awal musim dan tahu apa masalah mereka.”

“Kami datang ini untuk bantu cari duit, bukan datang nak rosakkan pasukan.”

“Kalau kami tidak bantu (tiada niat), maka kami tidak akan datang setiap perlawanan, home game dan away game.”

Advertisements

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menetapkan nilai pelaburan sekurang-kurangnya RM10 juta untuk mengambil alih majoriti pegangan saham Perak FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram