Korea Selatan Kalah Teruk, Jordan ‘Rantai’ Pasukan Handalan Dunia
MakanBola
KFA/JFA


Korea Selatan mengalami kekalahan buruk kepada Ivory Coast sementara Jordan merantai bekas pasukan Piala Dunia.

Perlawanan persahabatan antarabangsa menyaksikan beberapa keputusan mengejutkan berlaku beberapa hari kebelakangan ini.

Jaguh Asia, Korea Selatan tewas dengan keputusan 4-0 kepada pasukan kendalian Emerse Fae di Stadium Milton Keynes, England.

Skuad kendalian Hong Myung-bo ketinggalan dua jaringan pada babak pertama menerusi gol masing-masing daripada Evan Guessand (35’) dan Simon Adingra (45’) sebelum Martial Godo (62’) dan  pemain gantian, Wilfried Singo memastikan kemenangan bergaya Ivory Coast.

Satu lagi pasukan menyaksikan finalis Piala Asia 2023, Jordan berjaya merantai pasukan ke-51 dunia, Costa Rica dengan keputusan 2-2 di Stadium 21 Kasim, Turki.

Jaguh Timur Tengah itu membuka tirai jaringan pada babak kedua menerusi Baha’ Faisal (penalti 50’) sebelum menggandakan kedudukan menerusi Ibrahim Sabra pada minit ke-75.

Costa Rica kendalian Fernando Batista mencipta sensasi menerusi dua jaringan lewat, masing-masing menerusi ledakan Josimar Alcocer 84’ dan Warren Madigral pada masa kecederaan untuk mengelak kekalahan.

Korea Selatan akan bertemu Austria manakala Jordan bakal menentang Nigeria pada 1 April 2026 ini.

Claim Money Packet TnG