Kelab Korea Destinasi Baharu Francisco Geraldes
MakanBola
Seoul E-Land FC

Francisco Geraldes menjadi bekas pemain import Liga Malaysia (Liga M) terbaru yang memilih berkelana ke Korea Selatan.

Ini selepas kelab K-League 2, Seoul E-Land mengumumkan perpindahan pemain tengah Portugal berusia 30 tahun itu.

“Seoul E-Land FC merekrut pemain tengah Portugal, Geraldes sekaligus menyelesaikan teka-teki di bahagian tengah.

“Geraldes yang memiliki ketinggian 175cm dan berat 68kg, ialah pemain tengah dengan keupayan mencipta peluang menjaringkan gol dengan hantaran kreatif.

“Beliau mempunyai keupayaan mengedarkan bola dengan baik di bahagian tengah dan mampu menjaringkan gol dengan mensasarkan secara terus gawang mereka,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Sebaik perpindahan beliau disahkan, Geraldes mengakui teruja dapat menyertai kelab K-League 2 itu.

“Saya gembira dapat menyertai pasukan hebat ini, Seoul E-Land. Fokus utama saya ialah membantu pasukan mendapatkan kenaikan pangkat (ke K-League 1).

“Saya akan beradaptasi secepat mungkin dan lakukan yang terbaik untuk menjadi pemain yang boleh diharapkan pasukan dan rakan-rakan sepasukan saya,” katanya.

Perpindahan ini menyaksikan Geraldes mengikut jejak bekas rakan sepasukan, Iker Undabarrena dan bekas bek tengah Selangor FC, Yazan Al-Arab.

Undabarrena dan Yazan masing-masing beraksi untuk kelab Incheon United dan FC Seoul dalam saingan K-League 1.

Sebelum berkelana ke Korea Selatan, Geraldes pernah beraksi untuk kelab divisyen dua Brazil, Athletic Club.

Claim Money Packet TnG