Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberitahu bahawa beliau ada berusaha untuk menghubungi beberapa negara buat Malaysia adakan perlawanan persahabatan.
Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat usaha yang dilakukan FAM bagi menghubungi Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) untuk mengatur perlawanan persahabatan.
Walau bagaimanapun, pihaknya tidak mendapat respon yang kurang memberangsangkan.
“Kita cuba ajak negara Eropah atau negara besar Asia untuk perlawanan persahabatan, tetapi kadang-kadang bila pasukan ranking rendah hantar surat kepada kita untuk perlawanan persahabatan pun kita tolak.
“Sama juga dengan pasukan besar sebab mereka ambil kira ranking lawan.”
“Saya ada menghubungi KFA untuk cuba adakan perlawanan persahabatan tetapi mereka tidak memberi respon yang positif, saya lihat kita perlu membuktikan bahawa kita pasukan yang bagus, perlu berada di ranking 100 ke atas, mungkin lebih mudah untuk atur perlawanan,” jelasnya menerusi laporan Harimau Malaya.
Bagi aksi persahabatan di bawah kalendar FIFA Mac ini, pengendali kelahiran Korea Selatan ini mengesahkan bahawa Harimau Malaya akan berdepan Turkmenistan dan juga Hong-Kong di Stadium Sultan Ibrahim.
Pihaknya juga sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengatur perlawanan berdepan lawan yang sesuai agar tidak memberi kesan kepada ranking Malaysia dalam kalangan negara-negara AFC.