Kpah Sherman Belanja Gol Sepakan Gunting Ala Cristiano Ronaldo
Piala Malaysia
Sri Pahang FC
Advertisements

Gol pertama Kpah Sherman menentang Harini FC meraih perhatian ramai apabila beliau menjaringkan gol menerusi sepakan gunting ala Cristiano Ronaldo.

Jaringan akrobatik tersebut bukan sahaja mengejutkan penonton namun turut membuat penjaga gol Harini FC, Hafizul Hakim tercengang seketika.

Jaringan sewaktu minit ke-43 itu terhasil apabila Baqiuddin Shamsudin memberi bola tinggi ke arah Kpah Sherman menerusi tandukan. Kpah Sherman tanpa berfikir panjang terus melakukan lipatan.

Advertisements

Sepakan gunting tersebut pasti mengingatkan para peminat bola sepak dengan individu bernama Cristiano Ronaldo yang cukup sinonim dengan aksi tersebut.

Malah jaringan akrobatik Ronaldo sewaktu bertemu Juventus dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2017/2018 masih menjadi ingatan ramai.

Advertisements

Kpah Sherman kini telah menjaringkan 12 gol dalam 23 perlawanan bersama Sri Pahang dengan jumlah 10 gol liga dan 2 gol dalam saingan Piala Malaysia.

Kpah Sherman menjadi tunjang utama kemenangan Sri Pahang apabila dua jaringannya ke atas Harini FC memastikan Sri Pahang melayakkan diri ke saingan suku akhir Piala Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram