Kpah Sherman Dalam Radar Sri Pahang
Dunia
Sri Pahang
Advertisements

Sri Pahang dilaporkan menjadi pasukan terbaru berminat mendapatkan khidmat penyerang import Terengganu, Kpah Sherman bagi mengharungi musim 2023.

Berikutan tersingkirnya Terengganu daripada saingan Piala Malaysia, masa depan pemain-pemain import mereka pantas menjadi tumpuan apatah lagi hanya Habib Haroon telah menandatangani kontrak lanjutan tatkala empat yang lain termasuk Kpah Sherman hampir pasti tiada dalam perancangan.

Meskipun spekulasi bertiup kencang mengatakan penyerang dari Liberia itu akan kembali menyarung jersi Kedah, mengikut jejak Nafuzi Zain, Sri Pahang juga nampaknya tidak mahu ketinggalan memburu tandatangannya.

Advertisements

Sejak beraksi di Liga Malaysia bermula 2017, Kpah Sherman telah membuktikan dirinya sebagai antara penyerang berkualiti ‘kaki gol’ malah dia juga merupakan pemenang kasut emas penjaring terbanyak Liga Super 2019 bersama PKNS FC.

Dia selepas itu menyarung jersi Kedah selama dua musim sebelum berhijrah ke Terengganu musim ini, menjaringkan secara keseluruhannya 13 gol.

Ke manakah destinasi baru Kpah Sherman, mungkinkah kembali ke pangkuan Kedah atau mencari angin baru bersama pasukan lain, mungkin akan terjawab dalam tempoh terdekat.

Advertisements

Manakala Sri Pahang pada tahun ini menyandarkan harapan kepada Steven Rodriguez untuk merobek gawang lawan bermula dari pusingan kedua dan penyerang dari Colombia itu tidak mengecewakan apabila meledak 12 gol dalam 17 penampilan.

Penyokong tok gajah pastinya teruja dengan spekulasi Kpah Sherman apatah lagi mereka mendambakan gandingan mantap barisan depan persis Matias Conti dan Dickson Nwakaeme beberapa tahun lalu.

Begitupun, kem Sri Pahang sendiri belum mengumumkan sama ada Steven Rodriguez akan terus memperkuatkan pasukan itu musim depan atau tidak, di sebalik harapan penyokong supaya pemain itu dikekalkan.

Advertisements

Jika gandingan Kpah Sherman-Steven Rodriguez menjadi kenyataan, sudah tentunya mereka akan menjadi gandingan penyerang kembar yang wajar digeruni dalam Liga Malaysia musim depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram