Advertisement
Kreativiti Boys of Straits Raih Pujian Penyokong JDT
Piala Malaysia
MakanBola
JST & B.O.S

Kumpulan sorak kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Boys of Straits atau lebih dikenali sebagai B.O.S kembali menjadi bualan ramai susulan poster kreatif yang sentiasa memeriahkan hari perlawanan.

Pertembungan aksi Piala Malaysia melibatkan Kelantan dan juga JDT akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV sekaligus berdepan sorakan hebat penyokong tuan rumah.

Pada aksi terakhir tempoh hari, anak didik Tano Solari merakamkan kemenangan mudah 5-0 namun kali ini berhadapan dengan skuad Kelantan yang berbeza.

Perlawanan bagaimanapun diserikan dengan poster yang cukup ‘mengancam’ daripada B.O.S yang seolah-olah menjadi petanda awal JDT bakal mengganas di Kota Bharu.

Poster tersebut memaparkan kata-kata perang psikologi sebelum sepak mula berlangsung.

“Poster ini mengandungi perkara yang boleh menjatuhkan semangat dan membuatkan lawan mengaku kalah sebelum berjuang.”

Kreativiti poster ini mendapat pujian penyokong JDT yang teruja menantikan aksi ini berlangsung.

“Kau punya poster ni min tak pernah mengecewakan,” ujar Ida Ezumi.

“Alamak lain macam,” komen Abdul Razak terhadap poster unik ini.

CAA57CDE 041E 42B1 8895 430661000535 Kreativiti Boys of Straits Raih Pujian Penyokong JDT

Sebelum ini, mereka telah pun menghasilkan pelbagai bentuk poster yang cukup menarik dan sering membuatkan penyokong lebih bersemangat untuk memberi sokongan kepada JDT.