Kredibiliti Tan Cheng Hoe Bakal Diuji Dalam Tempoh Singkat
Asia Tenggara
Police Tero FC
Advertisements

Kredibiliti jurulatih baharu Police Tero FC, Tan Cheng Hoe bakal teruji dalam masa yang singkat apabila hanya mempunyai masa dua bulan sahaja untuk menyelamatkan pasukannya itu.

Ini kerana, Liga Thailand hanya berbaki dua bulan sahaja lagi sebelum tamat musim 2023/2024 dan liga bakal berehat tiga bulan sebelum sepak mula musim baharu bermula pada Ogos.

Dua bulan tempoh telah diberikan kepada Cheng Hoe untuk menyelamatkan Police Tero daripada tersingkir ke liga divisyen dua Thailand.

Advertisements

Untuk rekod, Police Tero kini menghuni tangga ke-14 daripada 16 pasukan Liga 1 Thailand. Cheng Hoe dijangka akan mengendalikan pasukan itu untuk 11 perlawanan liga sebelum musim 2023/2024 berakhir.

Sebelum ini, Cheng Hoe telah menggemparkan arena bola sepak Malaysia apabila meninggalkan Selangor FC secara tiba-tiba walaupun berjaya membawa skuad Red Giants menjadi naib juara Liga Super yang mana slot ke Asia juga telah pun disahkan.

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), Datuk Ong Kim Swee menganggap perpindahan Cheng Hoe ke Liga Thailand itu merupakan sesuatu yang positif apabila meluahkan rasa bangga jurulatih dari Malaysia berjaya melatih pasukan dari luar negara.

Advertisements

“Sekalung tahniah kepada Tan Cheng Hoe atas pelantikannya sebagai jurulatih Polis Tero di Thailand. Seronok melihat jurulatih Malaysia diiktiraf atas kualiti dan kredibilitinya di liga luar negara,” coret Kim Swee melalui laman X.

Kemampuan Cheng Hoe akan teruji malam ini (2 Mac) apabila bakal memimpin Police Tero menghadapi Nakhon Pathom dalam saingan Liga Thai 1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram