Advertising
KRW Terkejut KAFA Digantung
MakanBola
Kelantan FA

Pihak Kelantan Red Warrior (KRW) meluahkan rasa terkejut apabila menerima berita mengenai Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dalam satu kenyataan rasmi, pihak pengurusan kelab KRW sedar dan terkejut tatkala menerima perkhabaran berkenaan keahlian KAFA telah digantung oleh badan induk bola sepak negara itu.

Ad

“Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) telah mengambil maklum bahawa KAFA telah digantung keahliannya oleh FAM pada 21 Disember 2024. Kami berasa amat terkejut dengan berita yang menggemparkan ini.”

Ad

Walaupun begitu, berita mengejutkan ini sama sekali tidak menjejaskan niat dan usaha KRW untuk beraksi dalam saingan Liga A1 dengan permohonan kepada Amateur Football League (AFL) telah dihantar lebih awal.

“Kami ingin menyatakan bahawa berita ini tidak akan memberi kesan terhadap komitmen dan usaha KRW FC untuk kembali ke Liga Malaysia.”

Ad

“Usahasama antara KRW FC dan KAFA serta permohonan untuk bertanding dalam Liga A1 kepada AFL telah berlaku sebelum 21 Disember 2024 lagi,” ujar pihak kelab dalam satu kenyataan di Facebook.

Ad

Pihak pengurusan kelab sempat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KAFA di atas segala sokongan selama ini untuk menaikkan bola sepak negeri Kelantan melalui kelab KRW.

Ad

“Disini kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak KAFA terutamanya Dato’ Seri Afandi Hamzah, Presiden KAFA serta seluruh kepimpinan KAFA lain yang sebelum ini telah memberikan komitmen penuh menyokong Kelantan Red Warrior FC.”

Terdahulu, tersebar di media sosial mengenai 2 pucuk surat rasmi dari FAM yang mengeluarkan notis penggantungan KAFA bermula 21 Disember 2024.