KSR SAINS & IKRAM MUDA FC Sedia Hadapi Cabaran Liga M3 musim 2020
Dunia
Advertisements

Juara Liga M4 KSR SAINS serta naib juara IKRAM MUDA FC bersedia menghadapi cabaran dalam Liga M3 pada musim 2020.

Terdahulu, kedua-dua pasukan bertemu di perlawanan akhir play-off Liga M4 yang memihak kepada KSR SAINS dengan kemenangan 1-0 ke atas IKRAM MUDA FC hasil jaringan lewat permainan oleh Norfaizzal Farouq pada minit ke 89.

Perlawanan Akhir Play-Off Liga M4

Bagi juara Liga M4 KSR SAINS, mereka tidak mahu kehadiran dalam pentas Liga M3 2020 sekadar ‘cukup syarat’ sebaliknya serius mahu memberikan impak pada tahun pertama penyertaan mereka.

Advertisements

Justeru, KSR SAINS akan cuba melakukan perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) bagi mendapatkan para pemain berpotensi terutama bakat muda yang berasal dari Negeri Sembilan bagi memperkukuhkan cabaran pasukan.

Manakala bagi IKRAM MUDA FC pula, biarpun sekadar mendapat naib juara, namun mereka akan fokus dan bersedia untuk Liga M3 musim hadapan kerana saingan pastinya sengit.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram