Isu padang berlopak air di Indonesia menyukarkan usaha dua pasukan Liga 3, Adhyaksa Farmel dan Persibo Bojonegoro bermain semalam.
Kedua-dua pasukan pasukan beraksi di Stadium Mini Cibinong, Bogor bagi menentukan juara liga untuk musim 2023/24.
Padang stadium mula berlopak pada masa tambahan disebabkan hujan lebat yang berlaku pada ketika itu.
Ini menyukarkan kedua-dua pasukan memburu gol selepas Farmel dan Persibo terikat 1-1 selepas tamat 90 minit perlawanan.
Dan sebaik saja video padang Stadium Mini Cibinong yang berlopak dimuat naik Vidio di media sosial terutama TikTok, ia mengundang rasa kurang puas hati dalam peminat bola sepak Indonesia.
Salah seorang daripadanya ialah seorang pengguna yang dipanggil D. Dia mempersoalkan mengapa perlawanan tetap diteruskan dengan keadaan padang tersebut.
Kalau hal ini berlaku di luar negara meskipun dalam saingan liga bawahan, pastinya perlawanan akan ditunda atau dihentikan sementara menunggu padang kering.
“Kalau di luar negeri, mahu itu liga bawahan juga. Kalau padang banjir begini, pasti ditunda atau tunggu padang kering dahulu,” katanya di ruang komen.
Sementara seorang peminat lain bernama Lombok berseloroh bahawa pemain-pemain ini sebenarnya sedang berenang. “Ini mahu berenang atau bermain bola?” tambahnya.
Farmel kemudiannya meraih kemenangan 3-2 ke atas Persibo selepas tamat 120 minit perlawanan. Ini sekaligus menjadikan pasukan itu juara liga untuk musim 2023/24.
Farmel dan Persibo bakal diiringi empat pasukan lain ke saingan Liga 2 musim hadapan. Empat pasukan lain yang layak ialah Dejan FC, Persikas Subang, Persikota Tangerang dan Persiku Kudus.