“Kuching City Datang Untuk Menang”- Aidil Sharin
MFL
Faris/MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin optimis dengan kemampuan pasukannya untuk melakar kejayaan pada pentas final Challenge Cup 2023 berdepan PDRM.

Perlawanan akhir pertama berlangsung di Stadium MBPJ pada 29 November 2023 menyaksikan kepulangan beberapa tonggak penting membantu perjalanan pasukan Kuching City untuk menurunkan kesebelasan terbaik.

Beliau yang memiliki pengalaman membimbing Kedah Darul Aman ke final Piala FA dan Piala Malaysia mahu memberikan pengalamannya untuk membantu pasukan meraih kejayaan.

Advertisements

“Kuching City mengharungi aksi final pertama pada musim ini. Saya lihat persediaan pasukan juga berjalan baik.”

“Kita perlu berhati-hati dengan serangan balas PDRM. Kita akan cuba untuk tidak bolos di gelanggang lawan, kerana jika kita tidak bolos kita tidak akan kalah perlawanan ini.”

Advertisements

Bekas jurulatih Persikabo 1973 juga optimis untuk membantu pasukan meraih trofi pertama sebelum menurup perjalanan musim baharu.

“Kami bermain untuk menang, bukan datang ke sini untuk bertahan. Kepulangan Abu Kamara dan Petrus memberikan motivasi tambahan kepada Kuching City.”

Advertisements

Aidil yang memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Malaysia yakin percaturan melibatkan pasukan penting kerana ini merupakan aksi timbal balik yang memberi impak kepada keputusan akhir.

Beliau juga berharap agar keadaan padang membantu pasukan untuk mengharungi aksi yang cukup penting pada aksi final 29 November 2023 jam 8:15 malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram