Kuching Mahu Jadi Seperti JDT, Kaya, Berjaya & Tidak Iri Hati
Dunia
Advertisements

Stadium Sultan Ibrahim telah berjaya dirasmikan dalam satu perlawanan persahabatan tertutup diantara kelab Johor Darul Ta’zim dengan Kuching FA semalam.

Kuching FA merupakan pasukan lawan pertama yang menjejakkan kaki ke Stadium baru milik kelab JDT itu. Keputusan perlawanan memihak kepada JDT dengan kemenangan 4-0.

Kedatangan Kuching FA adalah Kunjungan hormat terhadap DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibn Sultan Ibrahim untuk berbincang dan memohon nasihat baginda untuk pasukan Kuching FA yang bakal menyertai Liga Premier 2020.

Advertisements

Pertemuan itu telah membawa kepada jemputan khas perlawanan persahabatan tertutup antara JDT dan Kuching FA di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Kuching FA turut mahu menjadi seperti JDT yang maju dalam segala aspek bola sepak. Kuching FA juga mahu menjadikan TMJ sebagai ‘role model’ atau tokoh yang berjaya dalam kancah bola sepak tanah air.

Kuching FA merasakan pembangunan agresif disamping pentadbiran yang efisyen telah membawa kejayaan yang berterusan dan gilang gemilang oleh JDT dan atas faktor inilah pasukan Kuching FA mahu menjadikan TMJ sebagai sumber inspirasi.

Advertisements

TMJ sebelum ini pernah memuji Sarawak dan juga Sabah kerana menjadi penyokong yang bijak kerana tidak iri hati terhadap pasukan lain sebaliknya hanya mendesak perubahan berlaku dalam persatuan masing-masing.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram