Kucing Ganggu Momentum Perlawanan Sheffield Wednesday-Wigan
Dunia
Jason Kerr/Wigan Athletic/Sheffield Star
Advertisements

Kelibat penyokong menceroboh padang semasa perlawanan bola sepak di England mengundang keresahan dalam kalangan kelab, penyokong dan pihak berkuasa. Terbaru, seorang penyokong Leicester City ditahan dan didakwa di mahkamah atas tuduhan menyerang pemain-pemain Nottingham Forest. Insiden ini berlaku semasa perlawanan Piala FA Forest-Leicester Ahad lepas.

Tetapi bagi penceroboh padang ini, ia sememangnya mencuit hati penyokong dan pemain. Semasa perlawanan Liga Satu antara Sheffield Wednesday dan Wigan Athletic semakin hampir untuk ditamatkan, tiba-tiba stadium digamatkan dengan kehadiran seekor kucing berwarna hitam di atas padang.

Peristiwa ini berlaku semasa Wigan cuba mendapatkan gol penyamaan pada masa tambahan babak kedua. Sebaik pengadil melihat kelibat si comel itu, permainan terpaksa dihentikan. Beberapa pemain Owls dan Latics terpaksa mengejar kucing itu beberapa kali sebelum akhirnya ia berjaya ditangkap oleh pemain pertahanan Wigan, Jason Kerr.

Advertisements

Sebaik Kerr berjaya menangkap kucing berkenaan, seluruh stadium bersorak gembira atas tindakannya itu. Kucing tersebut kemudiannya dibawa keluar dari Hillsborough oleh seorang penyokong Wednesday. Kelab menerusi catatan media sosial mereka memberitahu kucing tersebut kini dalam keadaan baik dan selamat.

Owls sebelum itu mendahului menerusi sepakan penalti bekas pemain tengah Aston Villa, Barry Bannan pada minit ke-53. Ini selepas pemain tengah Massimo Luongo dijatuhkan dalam kotak penalti oleh bek tengah Jack Whatmough.

Dengan kekalahan itu, Wigan kekal berada di tempat kedua Liga Satu di belakang Rotherham United. Bagaimanapun, Latics masih mempunyai kelebihan satu perlawanan untuk mengejar Millers. Sementara Wednesday pula menghampiri kedudukan play-off di tempat ketujuh dengan 52 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram