Video: Kylian Mbappe Dimalukan Di Ballon d’Or
Dunia
MakanBola
Getty
Advertisements

Kylian Mbappe dimalukan oleh peminat-peminat PSG semasa menghadiri Anugerah Ballon d’Or di Theatre du Chatelet, Paris.

Semasa berjalan di karpet merah bersama bapanya, peminat-peminat melaungkan boo terhadap bekas penyerang AS Monaco itu.

Advertisements

Hal ini terjadi berikutan masa depan Mbappe yang tak menentu bersama PSG walaupun telah memeterai kontrak baru.

Mbappe dikatakan mahu meninggalkan PSG pada pasaran perpindahan Januari selepas hubungannya dengan kelab terjejas.

Advertisements

Ini termasuk perselisihan faham dengan ramai pemain seperti Neymar dan kapten Marquinhos.

Bagaimanapun, Mbappe menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau akan meninggalkan kelab dan menyatakan kesetiaannya terhadap PSG.

News Comments Account