Kylian Mbappe Maklumkan Turut Dipelawa Sertai Liverpool
Eropah
Getty Images
Advertisements

Menurut laporan di laman Facebook, Fabrizio Romano, penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe memaklumkan beliau turut dipelawa untuk menyertai Jurgen Klopp di Liverpool.

Sebelum ini, Mbappe pernah menjelaskan bahawa beliau akan meninggalkan pasukan PSG dan akan menyertai Real Madrid. Namun, penghijrahan itu telah tidak menjadi selepas beliau ditawarkan kontrak lumayan dari pihak kelab Paris Saint Germain (PSG).

Bukan itu sahaja, beliau juga telah mendapat keistimewaan dan berhak memilih coach yang dimahukannya serta memilih pemain yang mana perlu dijual ataupun tetap berada di dalam pasukan.

Advertisements

Dalam pada itu, tindakan Mbappe untuk kekal di PSG ini juga telah membuatkan Perez berang kerana sebelum ini beliau sudah pun bersetuju untuk ke Real Madrid.

Untuk rekod, Mbappe mula mencipta nama bersama AS Monaco sebelum dipinjamkan ke PSG selama satu musim dengan opsyen untuk PSG membeli.

Disebabkan prestasi yang memuaskan semasa tempoh pinjaman, Mbappe dibeli secara tetap dengan nilai perpindahan 144 juta euro. Pada musim ini, Mbappe sudah menjaringkan 36 gol dalam 45 penampilannya bersama PSG.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram