Kylian Mbappe Tak Jadi Ke Real Madrid, Sah Kekal Di PSG

Kylian Mbappe Kylian Mbappe Tak Jadi Ke Real Madrid, Sah Kekal Di PSG
MARCA
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe disahkan tidak akan berhijrah ke Real Madrid selepas ditawarkan kontrak lumayan dari pihak kelab Paris Saint Germain (PSG).

Mbappe dilaporkan telah menghubungi presiden Real Madrid, Florentino Perez untuk memberitahu bahawa beliau menandatangani kontrak baharu bersama kelab gergasi Ligue 1 itu.

Perkara ini disahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano melalui satu ciapan twitter dalam laman twitter rasmi miliknya.

Sebelum ini, nama Mbappe disebut-sebut bakal meninggalkan PSG dan mahu berhijrah ke Real Madrid secara percuma selepas kotraknya bersama PSG tamat pada penghujung Jun depan.

Untuk rekod, Mbappe mula mencipta nama bersama AS Monaco sebelum dipinjamkan ke PSG selama satu musim dengan opsyen untuk PSG membeli. Disebabkan prestasi yang memuaskan semasa tempoh pinjaman, Mbappe dibeli secara tetap dengan nilai perpindahan 144 juta euro.

Mbappe membuktikan bahawa dirinya merupakan salah seorang pemain terbaik dunia dengan menampilkan aksi konsisten setiap musim bersama PSG. Pada musim ini, Mbappe sudah menjaringkan 36 gol dalam 45 penampilannya bersama PSG.