Lagenda Liverpool, Steven Gerrard Menjadi Jurulatih Aston Villa Yang Baharu
Eropah
aston villa
Advertisements

Menurut laporan dari portal theguardian, kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa berjaya mendapatkan khidmat lagenda pasukan Liverpool, Steven Gerrard. Villa dikhabarkan mematerai perjanjian bersama pengurus kelab Scotland, Rangers itu untuk kontrak 2 tahun setengah.

Gerrard, 41, telah mengendalikan Rangers sejak Jun 2018 dan mengetuai kelab itu merangkul kejuaraan Liga Perdana Scotland musim lalu. Lebih manis lagi, mereka berjaya menamatkan dominasi sembilan tahun Celtic sebagai juara liga.

Pihak pengurusan Aston Villa melakukan kerja pantas untuk mencari pengganti pengendali terdahulu, Dean Smith yang dipecat gara-gara mengalami lima kekalahan berturut-turut dalam kempen Liga Perdana Inggeris.

Advertisements

Kelab itu kini terperosok di tangga ke-16 dalam carta Liga Perdana, dua mata di atas zon penyingkiran selepas 11 perlawanan liga musim ini.

Perlawanan pertama yang bakal dikendalikan Gerrard adalah pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton 20 November ini.

Villa memuktamadkan perjanjian berserta pampasan antara £3.25 juta- £4 juta seperti yang dipersetujui dengan kelab Rangers untuk Gerrard berserta pembantunya Gary McAllister.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram